Kad Nama

Sebuah perniagaan memerlukan promosi bagi mendapatkan peluang mendapatkan pelanggan baru dari masa ke semasa. Ada banyak cara bagi mempromosi perniagaan anda, di antaranya ialah kad nama (business card).

Kad UV adalah antara yang popular di masa kini.

Tetapi bagaimana ianya memberi impact dan daya tarikan kepada mereka yang menerimanya daripada anda? Adakah sekadar menulis nama dan alamat perniagaan? Atau melengkapkannya dengan nombor telefon dan sebagainya.

Dalam kecanggihan teknologi masa kini, kad nama tidak lagi sekadar nama dan alamat perniagaan. Kad nama terkini memiliki pelbagai ciri menarik, di antaranya ialah UV dan 3D.  Anda mungkin pernah menerimanya secara tidak sengaja, umpamanya anda terserempak dengan rakan lama anda di sebuah restoran atau pasaraya.

Kad Nama 3D antara rekabentuk terkini di pasaran

Dalam kecanggihan teknologi masa kini, kad nama tidak lagi sekadar nama dan alamat perniagaan. Kad nama terkini memiliki pelbagai ciri menarik, di antaranya ialah UV dan 3D.

Saya sendiri sudah beberapa kali menerimanya daripada kenalan saya dimajlis dan juga jurujual. Namun demikian, ianya seharusnya lengkap dengan beberapa ciri di bawah:

  • Nama empunya kad
  • Nama perniagaan
  • No daftar perniagaan
  • Alamat perniagaan
  • No telefon dan fax
  • Jenis perkhidmatan ataupun produk

Untuk menghasilkan sekeping kad nama, pereka akan mentelaah atau bertanyakan apa yang dikehendaki oleh pelanggan mereka umapamanya daripada segi harga, penampilan dan jenis kad yang diinginkan. Ada juga pelanggan yang tidak menghiraukan maklumbalas pelanggan atau rakan kongsi mereka dengan kata lain “Ah! Asal ada sudahlah. Buat apa mahal-mahal.”

Kad ‘Lamination’

Namun kadangkala, ada juga pelanggan yang mengambil kira jenis kad nama yang di beri kepada mereka. Betullah kata orang ” Kad anda melambangkan besar manakah atau nilai perniagaan anda”. Cuma saya bagi saya sebenarnya fungsi kad kadangkala memberi keputusan kepada mereka yang berurusan dengan anda.

Social Networks
Alamat Surat Menyurat:
Lot 128, Batu 13 1/2, Kampung Melayu,
47000 Sungai Buloh,
Selangor D.E. Malaysia
Tel. No.: +6 017-389 9917
E-Mail: admin@unicrestdestudio.com.my