“Ala yang ini lagi! Jemulah! Buang je lah!” Begitulah luahan hati penghuni flat atau pangsapuri. Namun mengapa keluhan sebegitu yang selalu atau sering kita dengar?

Adakah kerana ianya tak cantik, tak menarik ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja? Hakikatnya, ramai yang tidak berapa menyukai helaian yang bergelar “Flyer” atau risalah ini. Tidak kiralah ianya berkaitan dengan perniagaan ataupun berkaitan dengan informasi/maklumat.

Kadangkala, risalah yang diberi hanyalah sekadar kempen semata-mata. Ini membuatkan pembaca merasa kurang senang dan akhirnya tong sampah. Apa yang patut kita letak di dalam helaian atau risalah tersebut? Mari kita tengok, adakah kita mematuhi tahap piawaian ini:

  1. Tajuk
  2. Tujuan
  3. Isi dan keterangan
  4. Promosi/ penarikan/Gambar Produk
  5. Bagaimana nak berhubung
  6. Lokasi
  7. Testimoni
Rasa-rasa risalah anda ada tak maklumat di atas? Jika tiada atau ketinggallan pada salah satu daripadanya akan menyebabkan risalah anda berisiko untuk menjadi penghuni tong sampah selama-lamanya. 🙂
Contoh Risalah atau flyer yang menarik

Warna memainkan peranan di dalam memberi kesan kepada daya tarikan untuk prospek anda membacanya. Warna yang agak bercelaru selalunya tidak akan menarik perhatian mereka. Begitu juga dengan warna yang  terlalu garang. Flyer atau risalah yang berbentuk fotokopi juga menjadi mangsa bakul sampah sekiranya tiada pengubahsuaian (disyorkan menggunakan kertas berwarna agar nampak lebih menarik).

Selain daripada itu sistem pemasaran yang berkesan juga memainkan peranan kepada penghantaran ‘mesej’ anda kepada kumpulan sasar. Ada beberapa cara yang biasa digunakan:-

  • Masukkan ke peti surat-tidak berapa efektif
  • Mengedar bersama surat khabar-agak berkesan
  • Mengedar terus kepada kumpulan sasar-bertukar tangan dan yang paling berkesan tetapi masih berisiko.
  • Mengepos ke peti surat-membuatkan pelanggan dihargai

Kesimpulannya adalah, membuat flyer atau risalah perlulah mempunyai perancangan di antaranya ialah

  • Rekebentuk yang sesuai-tidak terlalu over (mempunyai maklumat yang lengkap)
  • Cara pengedaran yang berkesan-dapat menyampaikan maklumat terus kepada kumpulan sasar.

Akhir kata kepada mereka yang ingin menempah atau mencetak flyer bolehlah terus ke http://unicrestdestudio.com.my/v3/cetakan-offset/flyer untuk mendapatkan harga-harga yang menarik mencetak/menempahnya.

Sekian

Social Networks
Alamat Surat Menyurat:
Lot 128, Batu 13 1/2, Kampung Melayu,
47000 Sungai Buloh,
Selangor D.E. Malaysia
Tel. No.: +6 017-389 9917
E-Mail: admin@unicrestdestudio.com.my