7 Manfaat Aleo Vera yang patut kita tahu

Tentu anda pernah mendengar kandungan Aloe Vera dalam produk-produk kecantikan terutamanya syampu rambut. Aleo vera bukan sahaja tumbuhan hiasan yang mencantikan kediaman anda malahan mempunyai 7 manfaat yang patut anda ketahui.

Related image

Tumbuhan ini berasal daripada utara Afrika, selatan Erofah dan juga kepulauan Canary mempunyai sejarah yang panjang dan biasanya digunakan untuk tujuan perubatan sejak zaman Mesir purba lagi. Hari ini lidah buaya (nama melayu bagi Aloe Vera) sudah banyak di tanam di negara-negara beriklim tropika dan menjadi bahan untuk rawatan kanser payudara, pedih ulu hati dan pelbagai kegunaan sampingan yang lain.

1. Pelega Radang Sakit Jantung(Heartburn relief)

Penyakit refluks gastroesophageal (GERD) adalah gangguan pencernaan yang sering menyebabkan sakit jantung. Kajian 2010 mencadangkan agar mengambil 1 hingga 3 auns gel aloe pada waktu makan dapat mengurangkan keterukan GERD. Ia juga mengurangkan masalah pencernaan yang lain, disebabkan kadar toksik yang rendah di dalamnya membolehkan Aloe Vera amat selamat dan merawat sakit pedih ulu hati dengan lembut dan selamat untuk diambil.

2. Menjaga kesegaran sayur-sayuran

Satu kajian oleh Cambrige University pada tahun 2014 telah mendapati bahawa salutan aloe vera pada buah tomato menjadikan ianya tetap segar tanpa pengawet. Kajian tersebut mendapati salutan aloe vera mencegah pertumbuhan banyak jenis bakteria pada sayuran dan buah-buahan seperti epal, tomato. Oleh itu ianya boleh mengekalkan kesegaran buah dan sayuran tanpa penggunaan bahan kimia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *